Selasa, 27 November 2012

tulisan 2 PUISI YANG BERKAITAN DENGAN CINTA KASIH


PUISI YANG BERKAITAN DENGAN CINTA KASIH

Satu cinta, satu kasih pada satu janji

Cerita antara kita bukan hanya mimpi
satu ceritera cinta melara hati
parah terukir ke dalam hati
bagai diri di tusuk duri

Turutkan hati
ingin aku terus menemani
menurut apa jua yang kau ingini
Tanpa ada rasa sangsi dalam hati

Namun bila simpulan cinta sudah tidak lagi rapi
berselerak di bawa hanyutan diri
Batasan keluarga yang tidak mengerti
membenam cinta untuk di bawa pergi

apa daya lagi untuk ku berdiri
andai kau jua tidak sudi menemani
apa daya untuk kau berlari
andai aku sudah lelah mengejari
pada satu cinta,satu kasih tidak terganti

Dan andai ku bawa cinta ini sampai mati
mungkin kau akan terus mengerti
cinta ku belum dimiliki
kerana aku masih ada janji.


CERPEN YANG BERKAITAN DENGAN CINTA KASIH

Cinta


Cinta dan sayang berbeza sekali. Aku juga tidak mengerti mengapa harus mereka semua menyangka kedua-duanya sama. Definisi cinta dengan sayang  perbezaannya begitu ketara. Adakah mungkin jaraknya bagaikan bumi dan langit, mahupun wanita dengan laki-laki, atau mungkin juga yang berkulit putih dengan berkulit hitam, tidak juga mustahil jika aku katakan di sini bezanya cinta dan sayang seperti syurga dan neraka.

   Seorang laki-laki, juga adalah teman setia ku, teman baik ku, boleh juga ku anggap sebagai abang jua adik-beradik ku yang begitu berpengalaman dalam membina bibit-bibit cinta pernah menyatakan perbezaan maksud kedua-duanya kepada ku. Bila mulutnya terkumat-kamit membicarakan topik ini, aku serta-merta kaget. Serentak aku menyatakan perasaan kagum ku kepadanya. Ku beritahu dengan seikhlas hati, dari mana kau dapat frasa ini? Aku bisa punya telinga namun tidak pernah ku dengar frasa yang sungguh luar biasa ini, yang terpancur keluar dari mulut dan gerakkan bibir kau yang mustahil tidak dapat menjatuhkan mana-mana wanita di dunia ini.

   Maksud sayang, katanya, samalah seperti kau lafazkan kepada sesiapa saja gadis yang kau baru kenali, mahupun yang mahu kau kenali “Aku sayang kamu…” namun apakah maksudnya yang sebenar? Cuma ambil berat, suka, kagum dengan wajah gadis itu yang cantik, atau mungkin juga suka dengan bentuk tubuh yang langsing bagai botol kola, tidak juga mustahil kerana wang kekayaan yang ada pada si gadis, juga kepandaian ilmu yang ada padanya, tapi adakah benar kau cintanya? Jika segala-galanya kerana material yang ada padanya? Jangan kau bicara cinta pada ku kerana kau tidak akan tahu pengertiannya yang sebenar. Sedang aku sendiri pun masih tidak dapat mendalami sebenar-benarnya maksud cinta secara teori, namun kau katakan praktikal, aku akan katakan ya, beritahu teman ku lagi.

   Cinta, mengapa aku katakan berlainan dengan sayang? Kerana ia abstrak! Bolehkah kau baru kenali gadis ini dan kau katakan pada nya, “Aku cinta kamu?” mungkin ya, mulut kau terlalu manis untuk melafazkan, hingga otak mu tidak perlu lagi memikirkan kesan-kesannya pada gadis yang kau lafazkan cinta itu, sungguh aku berani bersumpah ia hanyalah kata-kata yang berunsurkan suka-suka. Mengerti kah kau bila perkataan ‘Aku cinta kamu’ itu dilafazkan? Bermaksud kau sanggup merentasi apa-apa saja halangan dan rintangan juga cabaran bersama-sama teman hidup semati kamu. Bukannya baru kenal dua tiga hari, juga seminggu dua, sebulan dua, terus kau lafazkan cinta. Ia mengambil masa yang lama untuk proses merasai cinta ini, kerana itu kau boleh lihat dengan sendiri, tidak juga dengan mata mungkin dengan pendengaran kau dengar mengapa masih ada kes-kes penceraian sungguhpun sudah berkahwin selama bertahun-tahun, mungkin juga belasan tahun, juga puluhan tahun, tapi pada akhir bibit-bibit percintaan mereka, kononnya, berakhir dengan kata putus yang menyedihkan iaitu penceraian.

   Jangan pula kau salah faham, memang ada juga di antara kita yang benar-benar mengerti akan pengertian cinta, namun manusia bisa berubah, hari ini kau sayang aku, setahun dua lagi kau mungkin curang pada ku hingga hubungan kita rosak punah dan berakhir dengan keputusan yang menyedihkan, ingat, kerana manusia bisa berubah.

    Cinta…sayang…satu dua perkataan yang bisa membuatkan perasaan kita binasa dan juga bisa buat perasaan kita bahagia, bergantung pada siapa yang mengawalnya atau menunggangnya, jika kau mengawalnya dengan baik, nescaya bibit-bibit yang kau bina dengan susah payah itu akan tersergam dengan indah sekali, akan tetapi jika kau menunggangnya dengan kawalan yang tersasar dan tidak tepat, maka nescaya kau akan menjahanamkan nya hingga melukakan perasaan wanita yang sedia bersih dan kau akan tinggalkan kesan-kesan luka yang sukar untuk diubati. Tanam dengan sedalam-dalamnya di otak kau apa yang aku ingin katakan, “jangan kau bermain dengan cinta jika kau tidak pasti yang kau tahu bermain dengannya”.

   Tidaklah keterlaluan kalau aku katakan pada kau wahai teman, apa yang aku lalui selama beberapa tahun ini begitu seksa. Sedia ada aku terseksa dalam hubungan yang sedang aku kecapi ini, ditambah pula dengan jajaan-jajaan mulut kononnya daripada teman, juga menyeksa batin ku ini, cerita-cerita yang kurang enak tentang ku didengar oleh cuping telinga dan melintasi gegendang telinga ku ini, begitu menyedihkan. Inilah, yang aku katakan pada kau sebagai rintangan dalam percintaan, cabaran yang begitu memeritkan. Biar aku tanya soalan yang mudah pada kau teman, ‘Mau kau merasai percintaan?’ lantas aku menggeleng-geleng kepala, tidak, kerana aku masih mahu mengerti pengertian cinta yang sebenar dari teman karib ku ini.

   Sudah pasti kau tidak berani dulu untuk merasai percintaan, bukan aku mahu gerun kan kau dengan apa yang akan aku katakan, namun percayalah, percintaan yang berakhir dengan perpisahan adalah begitu memeritkan, kau tidak akan percaya, sungguhpun ukiran senyuman di bibir ini menampakkan keriangan serta kegembiraan yang nyata tidak menampakkan kesedihan, akan tetapi tiada siapa yang tahu sebenarnya di lubuk hati ku, aku terseksa rohani dan batin.

   Perpisahan, tiada siapa yang mahu perpisahan berlaku di dalam hubungan yang begitu susah dibina, dibikin dan dibentuk ini. Namun takdir menentukan segala-galanya, qada dan qadar di tangan tuhan, aku hanya mampu melakar lukisan-lukisan yang indah di dalam hubungan ini. Sayang sekali, aku juga tidak mengerti, mengapa harus ada perpisahan, namun aku reda dengan segala apa yang berlaku kini, perpisahan adalah penghujung yang dikehendaki-Nya. Sekuat hati aku meronta di dalam, namun perpisahan ini tetap juga terjadi. Aku tidak tahu mengapa, harus ini terjadi, bicara teman ku lagi. Aku terus diam membisu, mendengar bicaranya yang penuh emosi tetapi ternyata emosi yang benar-benar diluahkan tanpa gimik kepada ku, tanpa mengganggu sedikit pun, baik secebis patah perkataannya dalam bicara cinta dan sayang ini.

   Hanya tuhan yang tahu, betapa terseksanya teman ku ini, cinta yang pertama, dan juga cintanya yang terakhir, tidak akan mencintai perempuan lagi di dalam hidupnya, selepas perpisahan yang bisa mengalirkan air mata ini menghantuinya.

   Bicaranya yang panjang lebar, adalah yang terakhir buat ku, pesan dan juga nasihat yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga, agar aku tidak membuat langkah yang selamat dalam bercinta, wahai teman, aku sangat merindui mu…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar